Posts

Showing posts from 2020

Kek Pandan Noxxa

Image
Alhamdulillah. Hari ini hari ke 7 sudah berpuasa. Rasa rahmat sangat puasa tahun ini. Berjemaah satu keluarga. Mampu bangun sahur awal dan masak. Tak terkocoh2 macam selalu. Banyak hikmah PKP ni. Bila banyak masa lapang ni. Banyak jugalah keinginan nak makan ya😂. Adik yang ketiga tu berapa kali minta makan kek pandan. Aku sebenarnya malas. Lupaaa pula ada Noxxa. Apa lagi. Zup zap zup zap. Terus siap. Nah jom tengok resepi. Resepi kek pandan Noxxa 5 biji telur 2 sudu besar ovallete 1 cawan gula 1/2 cawan santan 1 penutup pewarna hijau 1 penutup esen pandan 1 sudu kecil garam 5 sudu minyak. 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder Cara-cara: Satukan telur dan ovallete. Pukul sampai kembang dalam 10 minit Lepas dah kembang. Masukkan gula pula. Pukul lagi 5 minit Masukkan santan+pewarna+esen+garam+minyak Lepas dah sebati semua. Masukkan sikit demi sedikit tepung gandum dan baking powder Lengserkan pot dengan minyak/baking paper Terus masuk ke dalam pot

Pizza Noxxa

Image
Siapa deh tak suka makan Pizza. Semenjak ada Noxxa ni. Adik2 aku nak pizza. Request je. Tak payah berkecah sana sini dapur. Sekejap je dah siap dengan Noxxa. Tiba2 anak lapar ke. Kau nak bawak buah tangan pi rumah orang ke  atau nak buat party birthday ke. Boleh terus ya buat Pizza Noxxa ni sekelip mata siap. Ha begitu melambung sekali pujian saya. Tak usah berbicara panjang. Kita kasi terus resepi.  RESEPI PIZZA NOXXA Bahan A 1 paket mauripan 1 cawan air suam  2 sudu gula Cara-cara: Bancuh semua bahan- bahan dan biarkan seketika dalam 20-30 minit sehingga yis naik .  Ingat. Air suam ya. Kalau air panas yis mati dan jangan sesekali letakkan garam. Nanti tak jadi yis nya kembang. Bahan B 4 cawan tepung 1 biji telur 2 sudu minyak masak 1 sudu kecil garam Cara-cara:  Masukkan semua bahan A dan bahan B ke dalam bekas dan uli sampai licin. Aku pemalas. Guna breadmaker je.  Rehatkan doh dalam 40 min. Biar mengembang 2 kali ganda.  Selepas 40 min. Buang a

Punten Noxxa

Image
Assalamualaikum, rasa dah lama tak menulis. Semenjak PKP ni makin rajin lah kita ni memasak. Btw lupa lah selama tulis blog ni guna ganti diri kita/aku/saya? Malas nak cek balik post lama hahahha. So, sebab PKP ni, maka berhasrat nak menulis balik. So, aku guna ganti nama aku jelah ye. Lebih mesra dengan audience gituwwww.  Done membebel mukadimah, disebabkan diri ini yang suka memasak tetapi nak cepat. Maka Noxxa sangat difully utilizekan ya. Dari jadi tukun baik kita guna kan. Beli mahal- mahal. Sayang kalau tak guna. Okay, nak dijadikan cerita masa sahur haritu, ayah aku request Punten Jawa, Pernah dgr tak ? Ha jomlah tengok resepi terus. Guna Noxxa sahaja. Mudah.      RESEPI PUNTEN     3 pot beras     6 cawan cecair (santan + air)     1 sudu kecik garam     HP 35 Min .  Cara-cara: Bentukkan/ kepal2 dengan tangan. Make sure pakai sarung tangan tauuuuu. Aku pakai plastik kuih tu. Kepal2 pakai tangan.  Basically, Punten ni macam nasi lemak yang lembik dan di kepal2kan.