Pizza Noxxa

Siapa deh tak suka makan Pizza. Semenjak ada Noxxa ni. Adik2 aku nak pizza. Request je. Tak payah berkecah sana sini dapur. Sekejap je dah siap dengan Noxxa. Tiba2 anak lapar ke. Kau nak bawak buah tangan pi rumah orang ke  atau nak buat party birthday ke. Boleh terus ya buat Pizza Noxxa ni sekelip mata siap. Ha begitu melambung sekali pujian saya. Tak usah berbicara panjang. Kita kasi terus resepi. 

RESEPI PIZZA NOXXA

Bahan A

1 paket mauripan
1 cawan air suam 
2 sudu gula

Cara-cara:

  • Bancuh semua bahan- bahan dan biarkan seketika dalam 20-30 minit sehingga yis naik . 
  • Ingat. Air suam ya. Kalau air panas yis mati dan jangan sesekali letakkan garam. Nanti tak jadi yis nya kembang.

Bahan B

4 cawan tepung
1 biji telur
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam

Cara-cara: 
  • Masukkan semua bahan A dan bahan B ke dalam bekas dan uli sampai licin. Aku pemalas. Guna breadmaker je. 
  • Rehatkan doh dalam 40 min. Biar mengembang 2 kali ganda. 
  • Selepas 40 min. Buang angin dalam doh.
  • Terus leperkan doh ikut bentuk periuk
  • Cucuk2 permukaan doh dengan garfu. Supaya nanti senang masak dohnya. 
  • Tunggu doh kembang sikit dalam 20 minit lagi sebelum letak topping.
Bahan C: Topping

Sos tomato/prego
Hot dog/ ayam cincang/daging meatball
Bawang besar di potong2 secara membulat/nenas/lobak
Oregano
Mozarella cheese

Cara-cara: 
  • Letak sos tomato / prego sebagai base pizza
  • Letak topping yang disukai
  • Letak sayur sayuran yang digemari
  • Taburkan oregano
  • Letak mozarella sesuka hati

Masukkan dalam periuk Noxxa dan STEAM 8 MINIT
Lepas dah tamat masa. Jangan terus keluarkan. Relax dulu dalam 10 minit
Keluarkan periuk dan sejukkan pizza. Lepas dah sejuk. Boleh lah keluarkan pizza dan sedia dihidang. Mudah kan. Selamat mencuba :)


Gambar ni semua aku guna Noxxa masak masa birthday mak aku. Serius buat semua ni kurang dari 1 jam. Rendang, pulut dan pizza dah kasi resepi. Kek Carrot dan agar2 Milo Noxxa nanti kita kasi. Adios


Comments

Popular posts from this blog

SAGU GULA MELAKA NOXXA

PULUT KUNING NOXXA BERSAMA RENDANG AYAM / DAGING

MASAK LEMAK CILI PADI NOXXA