PULUT KUNING NOXXA BERSAMA RENDANG AYAM / DAGING


So, semalam berhempas pulas menyiapkan tempahan pulut kuning. Alhamdulillah dgn noxxa mudah sgt nk siapkan tempahan ni. Sambil tu nak promote. Kita jual pulut kuning bersama rendang RM 5 ja. Area Klang, Selangor. Kalau malas masak boleh roger kita. Kalau rajin, meyh cuba resepi kita,


*PULUT KUNING*

BAHAN BAHAN

-2 cawan pulut (rendam dalam bekas berisi air dan kunyit. 10 min . jgn lama2)
-1 cawan air biasa
-1 cawan santan
-Sedikit garam


CARA CARA:

-Masukkan semua dalam pot.

-HP 3 min. Buang wap. Kacau pulut biar sebati santannya

-Steam 2 min. Siap


Setelah dikaji mmg ini cara masak pulut yg terbaik dan pantas. Dah try ikut resepi steam semua. HP 6 min. Pulut tak cantik


*RENDANG AYAM/DAGING*

BAHAN BAHAN

- 1 kulit kayu manis, 2 biji pelaga, 2 bunga cengkih

- 1/2 kg ayam/daging

- 1/2 kilo santan pekat

- 150 gram kerisik

- 3 batang serai

- 2 helai daun kunyit – dihiris halus

- Beberapa helai daun limau purut

- 2 keping asam gelugor

- 2 sudu besar gula perang

- Garam secukup rasa

- Jintan Manis 1 sudu (opsyenal)

- Jintan putih 1 sudu (opsyenal)


BAHAN BAHAN DIKISAR
- 4 senduk cili kering kisar

- 3 biji buah keras

- 3 biji bawang besar

- 1 labu bawang putih

- 1 inci gram lengkuas

- 1 inci kunyit hidup

- 1 inci halia muda

- 3 batang serai

- Air secukupnya


CARA CARA

1.Panaskan minyak. Tumis 3 sekawan. Masukkan semua bahan dikisar
2.Kemudian bila dah nmpak naik minyak sikit. Masukkan santan
3.Masukkan ayam.HP 6 MIN atau
4.Masukkan daging HP 12 MIN

Bila dah buang wap, masukkan serai diketuk, asam, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut

p/s : Kalau suka rendang kering. Steam 4 min. Kita suka cair2 . Lapaq pulaaaa sambil menulis ni.heee

Senang hamat kan. Try lahh. :)






Comments

Popular posts from this blog

SAGU GULA MELAKA NOXXA

MASAK LEMAK CILI PADI NOXXA