Posts

Revlon Ultra Hd Matte Lipcolor : Review Malaysia

Image
Assalamualaikum, lama tak bersiaran. Sebab ada produk best. So baru terasa nak tulis blog. Okay ceritanya mcm ni  hari tu revlon buat sale . yelah i ni bukan selalu ltk brg mahal kat muka. So i pun pergilah . menyesal wei . menyesal beli sikit :( korg yg bukak blog ni tgk post ni sbb nak review lipstick ni kan ? Tak payah pk pnjg beli je wei  Sumpah cakap. Bestttt gilaaaa. Aku selalu ada masalah pakai lipstik bila lama2 satu haritu mesti dia jadi cam berkerak . ni tak weiiii smoooothh gilaaa  sedapppp sgt. Ringan. Mula mula pakai korg akan rasa cam asal basah2 ni cam ak best lah kan. After 5 min. Dia akan matte . serious best . aku pergi beli 2 ketul jaaaaa  RM 10 ja wei masa sale . bila cek kat web RM 40 harga asal. Menyeeeeeeeeeeeeeesalll sangat beli sikit. So jangan lupa try tauuu.  dulu I mmg selalu ada masalah pilih lipstik terbaik . From now on dah tauuu dahhhhh lipstik wajibb beli  . FROM REVLON!!! Rate :5/5 STARS . too perfect

Freeman Golden Grain Facial Brightening Mask Review;Malaysia

Image
Assalamualaiku, lama tak bersiaran. Eceh, cam ada yg baca ja. hahhaha. so hari ni nak review psl product ni. Dah lama wei ngidam mask ni. Sebab selalu mahal hamat. Hari tu guardian dekat bukit raja buat sale produk ni RM 15/ tiub apa lagi rembatlah. Tapi menyesal . Hurmmmmm. Menyesal sbb tak rembat beribu2 tiub :( Best gilaaa wei. Patut ah baca review kat group kecantikan Fb kata benda alah ni best. Melembutkan kulit dan mencerahkan kulit . Yes, sgt apllicable to my skin apa yg dia claim. However, I baca ada certain yg muka takleh tolerate ngan emas2 ni kan.So pastikan ketahui dulu jenis skin awak sebelum beli I pakai 3 kali seminggu. Just apply on your skin biarkan dalam 10-15 minutes. I suka sambil pakai sambil tido bawah kipas. Yelah, as student master ni I stress sgt tau. Bila pakai mask ni semacam salah satu alasan I boleh tido. hahahha boleh tak cm tu. Lps tu basuh bilas dengan air suam, Serius puas hati. Nampak muka blink2 je. Dulu I ingat macam placebo effect je. Rupanya ...

Loreal White Perfect Total Recover Sleeping Mask Review;Malaysia

Image
Entry kedua tentang produk yang dibeli dari Guardian sempena promosi. Beli ni RM 17.45 MURAH hamat kan gais. HAHAHHAH. Kalau mahal cik mira takkan beli. Koyak poket I sepanjang Guardian buat sale ni.                                                                  *Sumber: Google I baca dekat Fb ada sorang akak ni pakai dah berbelas2 jar okayyyy. BELAS JAR. act, I sendiri masih try and error product yg mana sesuai kat muka. Dulu pakai local product bila stop breakout teruk. Nak recover balik makan masa. This product what I can say. SERONOK HAMAT WEI. Ringan je bila pakai malam2. Rasa sakura2 gitu. Harap2 elok lah. Dulu pakai Naruko merah tu tak sesuai pulak. Naruko lepas bangun tido berminyak muka. Tapi terpaksa habiskan sebab sayang. Mahal. Tapi loreal ni bangun tido . PEH, PEH PEH. Lembut gila mukaaaaaa. Im so happy...

Loreal Pure Clay Mask Review;Malaysia

Image
Walaupun eden tau takda siapa baca blog ni tapi tetap nak tulis. So nnti kalau nak buat rujukan apa2 sng . Tgk kat blog je. acah2 diary. heee. Hari ni second last day Loreal kat Guardian buat sale. Ada beli a few product. I akan buat entry satu2 product so nnti senang kalau ada orang nak rujuk review kan. So first entry nak review pasal produk ni. Alkisahnya terpengaruh dari group FB . So, kebetulan Guardian buat Sale 50% . apa lagi grab lah. Beli ni RM 21. *Sumber : Google So, muka I ni jenis combination . Dulu ada masalah jerawat maha teruk. So ada bekas lopak sgt besar dan open pores. Open pores yg menyebabkan muka jadi berminyak. Seterusnya menyebabkan muka cepat bercapuk bila make-up. Harapannya dgn pakai masak ni boleh serap minyak dan mngurangan minyak kat muka. Hari ni 3/3/18. So dalam masa seminggu yakni 9/3/18 nak tgk perubahan. Nanti kita update balik. Mana tau boleh bantu org yg tgh review nak beli barang ni jugak kan :)  Cara pakai :  Pakai 3 ...

PULUT KUNING NOXXA BERSAMA RENDANG AYAM / DAGING

Image
So, semalam berhempas pulas menyiapkan tempahan pulut kuning. Alhamdulillah dgn noxxa mudah sgt nk siapkan tempahan ni. Sambil tu nak promote. Kita jual pulut kuning bersama rendang RM 5 ja. Area Klang, Selangor. Kalau malas masak boleh roger kita. Kalau rajin, meyh cuba resepi kita, *PULUT KUNING* BAHAN BAHAN -2 cawan pulut (rendam dalam bekas berisi air dan kunyit. 10 min . jgn lama2) -1 cawan air biasa -1 cawan santan -Sedikit garam CARA CARA: -Masukkan semua dalam pot. -HP 3 min. Buang wap. Kacau pulut biar sebati santannya -Steam 2 min. Siap Setelah dikaji mmg ini cara masak pulut yg terbaik dan pantas. Dah try ikut resepi steam semua. HP 6 min. Pulut tak cantik *RENDANG AYAM/DAGING* BAHAN BAHAN - 1 kulit kayu manis, 2 biji pelaga, 2 bunga cengkih - 1/2 kg ayam/daging - 1/2 kilo santan pekat - 150 gram kerisik - 3 batang serai - 2 helai daun kunyit – dihiris halus - Beberapa helai daun limau purut - 2 keping asam gelugor - 2 sudu besar ...

MASAK LEMAK CILI PADI NOXXA

Semalam tuai pokok kunyit . So hari ni terasa nak buat masak lemak. Sebab instead of guna kunyit serbuk kunyit hidup membuatkan masakan lebih umphhhhhh. Harini rasa nak masak guna Noxxa . Actually, tengah malas. Tapi lupa pula nak ambil gambar. Okay nah. Ini resepinya * BAHAN BAHAN * - Bawang putih 3 ulas - Bawang Besar 1 biji - Halia satu inci - Kunyit Hidup ( serbuk pun boleh. Tapi aku ltk dua dua ) - Cili api ikut selera. Aku ltk 15 biji - Serai diketuk - Asam keping - Santan setengah kotak + 2 cawan air - Ayam 1/2 ekor *Cara- Cara * - Masuk semuaaaaaaaaaa bahan2 KECUALI SANTAN dan ASAM KEPING - Tekan HP 5 MIN. Pusing tombol ke high pressure. - Dah settle HP. Buang wap. Tekan SF. - Masukkan santan dan asam keping. Sentiasa kacau. Dah didih sekali terus angkat ltk atas redai - Sajikan lah kepada org tersayang. Senang sgt kan . Serius dah 6 tahun pakai Noxxa mmg sgt2 permudahkan hidup aku ni. Pantas , mudah dan bersih . Nanti cuba tau. Assalamualaikum :)

Resepi Ayam Buttermilk Sure Lazat

Image
Makin nak dekat sambung belajar semakin cuak pulak. Sambil-sambil tu alhamdulillah business lunch delivery semakin diterima ramai orang. Terima kasih org2 disekeliling saya yg selalu menyokong business saya. Hari ni nak share resepi yang ramai customer repeat and cakap sedap. Bukan nak memuji diri. Tapi ada siap cakap ayam buttermilk paling sedap dia makan . Kalah restaurant2 lain.eceh, asyik puji diri bila nak kasi resepi ni. nah, check it out resepi kat bawah * BAHAN A * - 2 ketul dada ayam - Garam - 1 cawan tepung gandum - 1/2 cawan tepung jagung Cara- cara - Gaul ayam dengan garam - Masukkan tepung gandum dan jagung dalam bekas - Masukkan ayam tadi dalam bekas - Goncang sambil menyanyi lagu Fattah amin. Aku masuk bekas untuk elak tepung sepah2 senang kemas. - Goreng *BAHAN B* - Butter 2 sudu - 3 ulas bawang putih * - 3 tangkai daun kari * - 3 biji cili hiris2 * - Susu cair setengah tin - Sedikit gula - Sedikit garam Cara2- cara - Panaskan butter. Tumis semua bahan (*) - ...